Friday, September 10, 2010

happy eid everyone!

10092010, 1 Syawal 1431H.

masa berlalu begitu pantas, tak sangka sebulan ramadhan kini telah berakhir. pengalaman berpuasa kali ini sgt berbeza. hidup dikelilingi rakan-rakan, jauh dr keluarga. segalanya diuruskan sendirian. setiap petang ke bazar, mencari juadah utk dijadikan santapan berbuka. dan menu kegemaran, ikan keli bakar disaluti sambal dicicah bsama air asam dimakan dgn nasi putih dinikmati dgn air soya :))

kini, tiada lagi bazar ramadhan, tiada lagi ikan keli kegemaran dan tiada lagi sahur dan bbuka bsama kawan. mahu moment ini lg? kita tunggu ramadhan akan dtg.

beraya di teratak tercinta, mmg ini yg dinantikan. setelah lebih sebulan tidak bersua muka, sudah tentu hati ini merindui mereka.

tahun ni, tema kami warna jingga. sangat menyerlah :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...