Wednesday, February 16, 2011

tinta untuk bakal kekasihku. uhuk uhuk :D

actually memang dah lama teringin nak buat entri pasal ni. tapi rasa macam kelakar je. but then si Mainur Hasnah pun buat entri macam ni walaupun kami tak sepakat apa pun. instinct kuat kot :)

okay, untuk kamu lelaki yang rasanya dah terpikat pada aku (masalahnya ada ke?), ni apa yg kamu perlu tahu tentang aku :

  • aku mengharapkan hubungan yang telus dan jujur. jika kau hanya ingin jadikan aku sebagai platform utk kepentingan kau semata-mata, jangan datang dekat pada aku.
  • aku ni garang orangnya, walaupun kau nampak aku macam baik je. jadi jangan terkejut bila tengok aku mengamuk nanti. aku dah warning awal awal ya?
  • mood aku ni tak menentu, yang pasti aku ni seorang yang cepat terusik emosinya. senang cerita, aku ni sensitif. tapi jangan risau, kalau gurau gurau manja tu apa salahnya.
  • kalau kita dah dalam hubungan, letak je kat FB tu in a relationship je. tak perlu with with tu. aku tak nak nanti semua orang duk stalk siapa bf aku. aku nak privacy. lagipun baru in a relationship kan. pastu aku tak suka kalau baru couple dah letak engaged la married la, err.. engaged & married tu besar pengertiannya ok? mana boleh suka suka je nak letak.
  • aku juga seperti mainur, tak kisah dengan siapa kau mahu berkawan. tapi kau sendiri faham apa batasannya kan? takut kau curang? perlu ke? aku dah banyak kali kena, kalau kau pun sama macam mereka yang dahulu, kau buatlah. aku dah biasa.
  • aku jenis simple, kalau kau rasa kau tak suka, cakap saja. aku faham dan boleh terima. paksa memaksa itu bukan aku :)
  • aku ni pemboros, kalau kau pun sama, jauhi aku. meleset ekonomi rumahtangga kita nanti. hahaa.
  • tolong hormat ibu bapa aku, walau apa pun yg jadi. sebab dorang aku ada kat sini.
  • andai kau jodoh aku, jangan lupa keluarga kau. jangan lebihkan aku. utamakan mereka seperti kau mahu aku tunduk hormat pada kau.
  • beritahu aku awal awal jika kau punya ibu yang garang dan mahukan menantu yang pandai masak. aku lemah bab itu ;)
  • oh ya, aku ni seorang yang sangat sangat mementingkan kawan. maaf jika aku tak sengaja buat kau rasa terpinggir. aku jugak mahu kawan aku kenal siapa kekasih aku, jika mereka tak suka kau, aku kena buat mereka suka kau. jika mereka tetap tak suka, aku terpaksa lupakan kau... sebab aku tahu kawan aku mesti mahukan yang terbaik untuk aku :')
  • aku tak mahu jadi kekasih yang selalu turuti kata kekasihnya. hey baru berkasih sayang, belum jadi hak milik sah lagi dah kena ikut macam macam, ini boleh, itu tak boleh? memang tak lah. 
  • aku pantang betul lelaki yang mengongkong tak tentu pasal. kot ye pun praktis, agak agak la der.
  • kuat cemburu? itu aku dan aku suka lelaki yang ada perasaan mcm ni. tapi jangan melampau boleh? berdas das bom kata kata hebat akan keluar dari mulut aku nanti. terima kasih :)
  • aku ni kuat makan, tak percaya tanya family aku. tapi aku sure 100% kau mesti percaya punya.
  • memandangkan life kat u ni yg sangat sibuk, rasanya tak perlu kot kita texting 24 jam?
  • jika kau juga seorang pelajar seperti aku, sama sama kita usaha dapat keputusan cemerlang ya? lepas tu kita kerja, carik duit, senangkan emak ayah lepas tu baru nikah. okay? deal.
  • boleh aku terus cakap pasal kahwin? haha. okay, kawen nanti aku tak nak duduk dengan parents, tak kisahlah parents kau atau aku. kita beli rumah sendiri ya sayang? :)
  • sayang diri kau dahulu sebelum kau menyayangi aku.
  • yang pasti, aku harap jika kaulah yang ditakdirkan Allah untuk aku, yang dah diambil tulang rusuknya untuk mencipta aku, aku harap dalam hati kau cuma ada aku. sama sama kita bimbing diri masing masing dan sama sama kita jadi yang terbaik. semoga diberkati oleh-Nya.
aku tahu aku bukan sempurna untuk dapat sesuatu yang sempurna. ni cuma harapan aku. jangan salah anggap ya :) untuk memiliki kekasih pada saat ini, itu memang sangat mustahil. dalam otak aku ada terfikir nak punya suami terus. jadi hak milik sah. tak perlu kasih kekasih ni semua. tapi itu semua takdir Allah bukan? aku terima dan aku redha. aku cuma harap kasih sayang yang ada dalam hati ni akan hanya diberi pada kau yang sepatutnya menerima. amin :)

"Jangan berjalan di depanku, aku mungkin tidak mengikuti.. Jangan berjalan di belakangku, aku mungkin tidak memimpin.. Berjalanlah di sampingku dan akan aku kasihi mu selama-lamanya ….. "

1 comment:

Lalala said...

setuju gila babes la..huhu betul2.. wah macam semua je kita serupa hehe.. nak jga yang macam kau nak tu tapi aku tak pandai letak ayat mudah nak difahami macam kau.. :)
harap kita bertemu jodoh satu hari nanti amin..
yang pasal kitorang nak terbaik utk kau memang betul..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...