Jumaat, Sabtu dan Ahad. Waktu yang singkat tapi rasanya cukup untuk melepaskan rasa rindu pada kulawangsa tercinta. Sekurang-kurangnya rindu yang terbeban hampir sebulan itu dapat dikurangkan.
Cuma kali ini aku balik ke rumah bersama sahabat tercinta, Mawar. Sempat ke KLCC sebelum pulang ke teratak bonda. Keesokannya menguruskan kenduri kecil-kecilan yang ayahku sebut "majlis silaturrahim". Penat tapi puas. Seperti yang ayah cakap : gembira tengok orang makan makanan yang kita sediakan. Rasanya tu juga hint untuk aku supaya belajar memasak. Hmm, mungkin? =.="
Hari terakhir berangkat ke Pahang, mengambil permata bongsu keluarga sebelum ke KL Sentral dan seterusnya ke Stesen Komuter Kuala Lumpur untuk menaiki bas menyulusuri lebuhraya menuju utara, Pulau Pinang.
Penat tapi seronok! Sekarang ini mahu menghitung hari pulang sempena cuti Deepavali. Kenapa sekarang aku kerap mahu pulang ke rumah ya? Ah, mungkin juga keluarga bisa jadi penyejuk hati, pengubat luka yang masih tersisa. Eh, kata dah kuat. Tapi siapa kata bila dah kuat, kita tak boleh rasa sedih? Mungkin juga apa yang kamu semua nampak tak seperti apa yang aku rasa. Ah, sudah. Aku dah janji pada diri, aku tak mahu buka muka surat lama itu lagi. Bab baru menanti untuk diisi. Sekurang-kurangnya degupan jantung itu sudah tiada lagi.

No comments:
Post a Comment