Baik, apa itu pasrah? Pasrah itu bagi aku menerima apa yang terjadi tanpa kerelaan hati atau dengan kata lain, menyerah diri. Konon2 macam dalam Ombak Rindu tu (walaupun aku tak tengok lagi) :
Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah.
Personally, aku rasa tak salah kalau kita gunakan perkataan pasrah, contohnya pasrah dengan takdir, tapi rasanya lagi molek kalau kita redha. Redha lebih menjanjikan ketenangan, trust me :)
Contohnya begini. Dalam kita mengharapkan sesuatu, terutamanya yang kita sangat-sangat mahukan, kita akan sangat meletakkan harapan sehingga sampai satu tahap, jika kita tak dapat sesuatu itu, kita akan rasa sangat kecewa dan mula rasa down, frust menonggeng dan sebagainya. Jadi disinilah konsep redha itu perlu diletakkan lebih awal.
Maksudnya di sini, dalam setiap pengharapan kita, rasa redha untuk terima apa saja yang akan terjadi itu perlu ada. Seriously benda ni sangat baik so that bila kita ditakdirkan untuk tidak dapat apa yang kita nak, kita akan rasa tenang dan sekurang-kurangnya tidak terlalu kecewa. Kadang-kadang redha jugak akan buat kita tidak terlalu mengharap, lagi-lagi on something yang masih tidak pasti.
Semua orang tahu terlalu mengharap itu sakit, jadi dengan adanya rasa redha, ia serba sedikit akan mengurangkan "sakit" anda.
Faham dak ni? Hehe.
Redha ni jugak berbalik pada kepercayaan kita pada qada' dan qadar Allah. Rukun iman nombor berapa tu kawan-kawan? :) Maksud aku, bila kita mula pupuk rasa redha, itu bermakna kita bersedia menerima apa saja takdir yang Allah tentukan untuk kita sebab kita tahu bahawa Dia tahu apa yang terbaik untuk para hamba-Nya.
Tapi tak bermakna kita perlu redha saja tanpa sebarang usaha. Redha tanpa usaha itu yang dinamakan pasrah sebenarnya. Jadi, redhalah selepas kita berD.U.I.T. Apa tu D.U.I.T?
D : Doa, U : Usaha, I : Ikhtiar, T : Tawakal :)
Alhamdulillah rasa redha yang dipupuk setiap hari semakin hari semakin menebal dalam diri. Percayalah bahawa redha akan membantu kita untuk mendapat jiwa yang tenang. Lebih-lebih dalam jiwa remaja yang seringkali memberontak.
Oh lupa, aku dah remaja purba :D
![]() |
| lagi info tentang redha : klik sini |
P/S : Terima kasih untuk semangat dan galakan. Asilah akan cuba buat yang terbaik :))

No comments:
Post a Comment