Monday, March 5, 2012

cara berjimat cermat (untuk saya je)

Memandangkan pinjaman yang baru diterima 2 hari lepas kini makin susut akibat perbelanjaan mengikut keperluan yang agak melampau, maka aku perlu cadangkan pada diri sendiri untuk berjimat cermat.

Berdasarkan kalendar sidang akademik 2011/2012, aku ada lebih kurang 17 minggu lagi di bumi pulau mutiara ini sebelum pulang bercuti selama 2 bulan ++ kat rumah. 

tampal kalendar ini di notice board C7-10A juga merupakan salah satu cara berjimat cermat. eh, apa kaitan?

Okay, di sini aku senaraikan beberapa cara yang MUNGKIN membantu aku berjimat cermat semester ini. Kalau mahu contohi aku, silakan. Follow on your own risk :D

Pertama, HAD KAN MAKAN MALAM DI LUAR.
Sesungguhnya ini ialah salah satu cara berjimat yang agak mencabar bagi aku. Ya, aku sebenarnya lebih suka makan di luar. Rasanya sepanjang dua minggu sem bermula, sekali pun aku belum lagi makan malam di kafe. Hanya untuk lunch je aku pergi kafe & makan ikan keli tiap-tiap hari (ini benar sebab keli fav aku).  Kalau tak keluar pun, aku akan makan maggi je. Jimat kan? Tapi, takkan hari-hari dinner dengan maggi? =.=

Kedua, SEDUT AIR DARI PANTRY SEMATA.
Faham apa maksudnya? Maksudnya, tak payah nak beli-beli air yang sedap-sedap kat kafe tu. No more air anggur (ya, anggur pun air yang aku minum tiap-tiap hari). Sebenarnya, cara ini pernah dipraktikkan tapi jarang berlangsung dalam jangka masa yang panjang. Yelah, sekali sekala nak jugak carrot juice ye dak?

Ketiga, BASUHLAH BAJU GUNA JARI JEMARI RUNCING ITU (runcing ke?).
Ha, jangan nak ngengada assume aku ni pemalas sebab tau basuh baju guna washing machine je. Apa salahnya aku gunakan kemudahan yang ada? Dapat jugak aku tambah duit poket segala untung orang yang provide machine tu. Kan namanya menyokong produk orang tempatan? (alasan orang malas)

Keempat, LUPAKAN QB, BJ, GURNEY, KOMTAR DAN JUGA TESCO.
Ni jangan saman aku plak sebab keluarkan statement ni. Semua tempat yang aku sebut kat atas ni semuanya tempat-tempat yang bertanggungjawab mensusutkan duit aku. Well, sesuatu tu takkan jadi kalau diri sendiri tak izinkan kan? Ha, ni lah masalahnya. Nafsu!

Kelima, SILA IKUT KEEMPAT-EMPAT CARA DI ATAS.
Semoga berjaya cik Asilah. Sekurang-kurangnya biarlah mampu bertahan sampai ke hujung sem. Kang nak pergi berlibur lagi, duit lagi! Duit oh duit, kau bukan segalanya tapi segalanya memerlukan duit =.=


P/S : Alhamdulillah azam baru semester ni berlangsung berdasarkan apa yang diniatkan. InsyaAllah, mudahan kekal. Semoga dapat DL lagi. Amin :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...