Saturday, October 13, 2012

panjang berjela

*Lagu Hatiku Milikmu sedang dimainkan*

Hey, dah jam 230 pagi :)

Aku jarang update blog lately. Busy? No! Hidup semasa bergelar pelajar tahun 3 sebenarnya agak lapang. Mungkin tak ada yg menarik perlu diceritakan. Well, life aku biasa saja. Namun tetap saja, ALHAMDULILLAH :)

Sebenarnya kini, hati dalam proses pemulihan. Ala-ala duduk kat rehab gitu. Bukan diminta, tapi mungkin sudah begini suratan-Nya dan pastinya aku redha.

Kadang-kadang ada benda yang tak perlu dimulakan kerana apabila ia bermula, akan menjadi sukar untuk dihentikan. Peringatan untuk diri sendiri supaya hati-hati. Tapi degil, masih mahu beri hati pada orang yang tak sudi.

Sejujurnya, salah itu datang pada diri sendiri. Awalnya beritahu semua bahawa kau cuma kawan, sedapkan hati mungkin. Tapi sedap tu tak lama, apatah lagi bila bohong diri sendiri. Hipokrit dalam nama lainnya. Bukan berlagak, tapi orang yang jujur tentang perasaan seperti aku, bila menipu hati sendiri, tentunya semuanya rasa tak kena kan?

Hey, dalam masa setahun, aku cuba cari senyuman yang pernah wujud semasa kau di sisi. Senyuman yang entah bagaimana aku boleh gambarkan. Yang pasti, ikhlas. Bukan dibuat-buat. Bukan senyuman palsu yang direka-reka untuk menutup hati luka. Ah, apa lagi aku boleh kata? 

Bila kau datang semula, Ya Allah, bahagianya! Walaupun hati sendiri tahu jaraknya tetap ada. Tapi aku peduli apa? Haa, begitulah rasanya bila senyuman yang dah lama aku tak jelmakan kini hadir tanpa jemputan. 

*You're my sunshine, my only sunshine*

Aku suka kau. Aku gembira kau ada. Aku bahagia bila kita boleh gelak sama-sama. Aku rasa sangat selesa. Aku rasa teruja setiap kali diminta bercerita. Aku senyum puas bila kita dapat kembali bersama. 

Ya, aku sangat, sungguh, amat.. Cintakan kau.

Aku minta pada Tuhan, jika benar, dekatkan. Jika tidak, jauhkan dan redhakanlah hati ini. Kini sudah terang-terangan Dia tunjukkan, maka aku terima dengan hati penuh redha. Sesungguhnya, Dia Maha Mengetahui.

Benar, tiada kebetulan dalam hidup. Semuanya takdir. Maka biarkanlah setiap kebetulan antara kita (yang sebenarnya takdir) itu Allah simpan sebagai rahsia. Hikmah. Lambat-laun kita akan tahu juga. Kau mungkin lupa, tapi aku masih ingat. Masih fresh!

Sudah, panjang berjela.



P/S : Anne kata sisi gelap aku ialah apabila aku mula menyayangi seseorang, aku akan sayang gila-gila. Aku setuju, tiada penafian.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...