6 bulan.
Dan hati aku masih mengharap belas kasihan, perhatian dari kau.
Lantaklah ini cinta atau apa,
Aku cuma tahu, bahawa kau masih orangnya.
Orang yg selalu muncul dalam ingatan,
diucapkan bersama doa.
Jawapan pada satu soalan.
Ya, masih engkau.
Muhammad Haikal Abdullah, aku faham bahawa cinta itu tak boleh dipaksa. Jauh sekali nak terima kalau hati memang tak suka. Kadang-kadang, aku cuba untuk berada di tempat kau. Yg mana ceritanya ada orang sukakan aku, tapi aku tak boleh sebab hati aku memang tiada pada dia. Ya, aku cuba fahamkan dan terima bahawa akulah orangnya. Tapi, apakan daya. Bukan aku tak cuba. Aku usaha. Cuma Allah belum temukan titik penghujungnya.
Setiap hari menyusuri timeline, membaca tweet engkau satu persatu. Tidak, aku faham tak akan ada satu pun kau akan tujukan untuk aku. Lebih-lebih lagi pada waktu begini. Apa kau masih ingat aku? Apa kau tahu perasaan aku? Mungkin semua tu dah lama kau kuburkan. Sayangnya aku tak mampu begitu. Konon nampak kental, tapi dalam hati?
Twitter saja tempat aku tahu bahawa kau masih di situ. Perkembangan kau, kerjaya, sihat sakit kau, cerita jepun kegemaran kau, semuanya hanya dari situ. Walaupun maklumat terhad, tak apa, sekurang-kurangnya ada sesuatu dari engkau yang aku tahu. Dan seolah-olah aku mengetahuinya kerana kau menceritakannya pada aku.
Maaf, aku nampak sangat lemah, menyayangi kau buat aku nampak goyah. Maafkan aku kerana terasa bahawa kau tidak adil kerana tidak bagi peluang pada aku untuk aku kenalkan siapa diri aku. 2 minggu, sangat singkat untuk melepaskan sebuah perkenalan. Dan cuma 2 minggu juga hati aku berjaya kau tawan.
Aku bersyukur Tuhan temukan kita, mungkin Dia mahu bagi mesej bahawa jika mahu cari teman, cari seperti kau, yg banyak buka minda aku walaupun kita berjauhan.
Maafkan aku, cuma mampu meluahkan segalanya di sini. Berhadapan dengan kau hatta sekadar ber-whatsapp saja pun aku tak mampu. Aku perlu sedar diri, bangkit dari mimpi. Layanan kau, cara kau membalas setiap pesanan aku sudah faham maksud yang cuba disampaikan. Sampai waktunya, moga Allah temukan kau dengan kebahagiaan. Orang seperti engkau selayaknya sebaik-baik perempuan.
From USM with love, Siti Nur Asilah Abdul Wahab.

No comments:
Post a Comment