| syurga :') |
Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah kekal selamanya. Sebagai anak, aku harapkan aku mampu jadi yang terbaik untuk mereka. Walaupun aku mungkin tak upaya, aku akan cuba sehabis baik untuk bahagiakan mereka. InsyaAllah.
Perbualan di telefon semalam seperti biasa, penuh dengan nasihat dari dia, bonda yang aku sayangi. Aku bersyukur punya ibu yang begitu mengambil berat akan keadaan anaknya. Dia bijak menutup kesedihannya, dia rela buat apa saja untuk aku!
Dialah segalanya, dialah penawar segala duka, dialah yang bisa menukar sebuah tangisan menjadi ketawa.
Mungkin aku tak pandai menunjuk betapa aku sayangkannya, cuma aku mahu dia tahu, aku sangat menyayanginya, mengasihinya, menghormatinya dan menyanjunginya hingga ke akhir hayat aku. Tiada siapa mampu gantikan tempatnya!
Terima kasih untuk segalanya. Ampunkan salah dan dosaku sejak aku berada di dalam kandunganmu sehingga kita berjumpa di alam sana. Aku perlukan restu dan berkat darimu. :(
Emak, sheila sayang emak, rindukan emak. Jaga diri baik baik :')
1 comment:
kau ni.. jangan cam ni. aku pun rindu parent aku.. nak menangis baca entri ni..
Post a Comment