Semalam kawan aku mengadu pada aku. Lelaki yang dia reject tuduh dia seorang yang memilih. Kerana apa? Kerana dia telah direject. Ya, kena reject. Aku jadi marah kenapa lelaki tu perlu katakan dia sebegitu. Sudah la baru je contact lepas sekian lama menghilang, lepas tu terus nak luah perasaan. Kami, kaum perempuan, tak suka lelaki rushing sangat macam tu. Jangan gelojoh boleh?
Kaum lelaki, anda berminat dengan seseorang? Ni tips dari saya :
Pertama-tama sekali, approach la perempuan dengan cara yang baik. Jangan la duk suitt suitt (yang bunyi macam cencorot tu). Kan bagus bagi salam, sejuk je telinga perempuan tu dengar. Telinga tu, belum mata lagi (tu pun kalau koranghensem la). Okay, jangan risau. Perempuan seperti aku, tak pandang rupa. Poket tebal? Mungkin. Oh, tidak juga.
Kedua, bila dah berpeluang kenal dengan dia, dah ada nombor telefon dia, jangan terus hubungi dia. Ambil masa lama sikit. Jangan tunjuk kamu berkenan sangat dengan dia, nanti kalau dia reject kamu, kamu juga yang frust. Jika perempuan tu juga meminati kamu, mungkin dia akan hubungi kamu. Tapi, tak semua perempuan begitu. Ada juga yang malu untuk mulakan. Jadi, tak salah kamu mencuba. Tapi tolonglah, jangan over sangat. Dia tak reply mesej je kamu cakap dia sombong? Eww rasa nak lempang je. Pastu baru kenal dah panggil-panggil sayang? Err. Tak suka tak suka. Reject!
Nombor tiga, jangan terus luahkan perasaan kamu. Berkawan dulu dengan dia. Perempuan sukakan lelaki yang ambil berat tentangnya, hormati dirinya, jujur, tak mengada-ngada dan terbuka dalam membicarakan apa jua perkara. Kalau kamu jadi pendengar yang baik, tak mustahil dia akan sukakan kamu. Oh ya, kebanyakan perempuan sukakan lelaki yang gila-gila. Happy go lucky, yang mampu buat dia tersenyum bila teringatkan kamu. Jangan serius 24 jam, dia mungkin akan rimas.
Perempuan sangat sukakan pujian. Tapi biarlah pujian tu datang dari hati kamu yang ikhlas. Jangan beri pujian yang hati kamu sendiri tak maksudkan. Itu bohong diri sendiri tahu? Selidik apa kegemarannya. Buat surprise! Wah, aku suka. Sangat sweet ok? Ha, make sure kamu ingat hari-hari penting dalam hidupnya. Hari jadi, hari guru (kalau dia seorang guru),hari kekasih? Ohh itu sangat tidak perlu.
Kelima, perempuan akan lebih mudah jatuh cinta pada kamu kalau kamu punya hubungan yang baik dengan kawan-kawannya. Lagi senang kamu nak kena promote kan? Sah-sah kawan-kawan dia nanti akan ceritakan kebaikan kamu. Lepas tu, confirm saham kamu naik! Kawan ibarat keluarga bagi perempuan, jadi sudah tentu mereka akan pertimbangkan apa yang kawan mereka promotekan :)
Tips seterusnya, jangan terlalu confident yang dia sudah jatuh cinta pada kamu. Layanan yang baik daripada perempuan tak bermakna dia sudah jatuh cinta pada kamu. Lelaki juga begitu kan? Jadi, jangan sesekali buat andaian, lebih baik kamu tanya dia terus! Kalau jawapan yang diberikan memberangsangkan, tahniah! Jika tidak, kamu boleh usaha lagi. Itu pun jika kamu betul-betul mencintai dia. Jangan marah apabila cinta kamu ditolak, bukankah setiap orang ada hak untuk hidup mereka? Pasrah pada takdir, insyaAllah ada yang lebih baik untuk kamu.
Pertama-tama sekali, approach la perempuan dengan cara yang baik. Jangan la duk suitt suitt (yang bunyi macam cencorot tu). Kan bagus bagi salam, sejuk je telinga perempuan tu dengar. Telinga tu, belum mata lagi (tu pun kalau korang
![]() |
| macam ni la baru gentle |
![]() |
| jangan marah kalau kena reject |
Perempuan sangat sukakan pujian. Tapi biarlah pujian tu datang dari hati kamu yang ikhlas. Jangan beri pujian yang hati kamu sendiri tak maksudkan. Itu bohong diri sendiri tahu? Selidik apa kegemarannya. Buat surprise! Wah, aku suka. Sangat sweet ok? Ha, make sure kamu ingat hari-hari penting dalam hidupnya. Hari jadi, hari guru (kalau dia seorang guru),
Kelima, perempuan akan lebih mudah jatuh cinta pada kamu kalau kamu punya hubungan yang baik dengan kawan-kawannya. Lagi senang kamu nak kena promote kan? Sah-sah kawan-kawan dia nanti akan ceritakan kebaikan kamu. Lepas tu, confirm saham kamu naik! Kawan ibarat keluarga bagi perempuan, jadi sudah tentu mereka akan pertimbangkan apa yang kawan mereka promotekan :)
Tips seterusnya, jangan terlalu confident yang dia sudah jatuh cinta pada kamu. Layanan yang baik daripada perempuan tak bermakna dia sudah jatuh cinta pada kamu. Lelaki juga begitu kan? Jadi, jangan sesekali buat andaian, lebih baik kamu tanya dia terus! Kalau jawapan yang diberikan memberangsangkan, tahniah! Jika tidak, kamu boleh usaha lagi. Itu pun jika kamu betul-betul mencintai dia. Jangan marah apabila cinta kamu ditolak, bukankah setiap orang ada hak untuk hidup mereka? Pasrah pada takdir, insyaAllah ada yang lebih baik untuk kamu.
Ini semua tips dari perspektif aku sebagai seorang perempuan. Kamu, kamu dan kamu mungkin ada tips lain yang lebih baik dari aku. Wahai lelaki, walau apa pun tipsnya, kalau betul kamu sukakan seseorang, tunjukkan keikhlasan kamu. InsyaAllah suatu hari nanti kamu akan berjaya memiliki hatinya. Yang penting, jangan memaksa!
![]() |
| terima saja |



1 comment:
yeah betul..suka suki je kata sombong... bila layan kata perempuan jenis apalah.. amboi sedap mulut..haahhaha *emo
Post a Comment