Sunday, May 22, 2011

home sweet home!

Ya kini sudah berada di rumah.. Rindu pada keluarga telah diubati. Rindu pada sahabat pula yang meruntun di hati. Jauh benar jarak buat kita makin jauh, kan awak? Tapi tak apa. Bukankah hati dah janji mahu redha akan segala ketentuan-Nya? Jadi jangan dipersoalkan lagi setiap apa yang direncanakan buat kamu, Asilah. Kuat saja hadapi semuanya.

Kawan-kawan, MMP.. Aku rindu setiap seorang dari kamu! Rindu Fallin For You, rindu Jangan Pernah Berubah, rindu Girl in the Window, rindu Doa buat Kekasih, rindu Just The Way You R, rindu Jar of Hearts! Oh yeahh.. setiap lagu tu ada pemiliknya bukan? Hee J Kadang-kadang jeles sebab korang semua kat Kelantan. Mesti leh jumpa, raya sama-sama. Asilah kat sini, jauh dari korang.. Tapi tak apa lah, kita cuma terpisah jauh oleh jarak, dalam hati tetap dekat macam selalu.

Asilah bosan duduk rumah, now dah kerja tetap sebagai babysitter. Haha! Dulu kan teringin sangat nak peluk baby kan? Sekarang tiap-tiap hari dah boleh peluk dah. Mak Asilah sangat lah semangat jaga baby sampai 2 orang.. So Asilah jadi assistant mak. Ikutkan nak tolong jadik penasihat kewangan je. Tapi tak leh la kan. Haha! Eh baby 2 orang tu muka sama taw! Walaupun mak ayah lain-lain & jantina pun berlainan, tapi muka dorang sama.. Asilah cakap kat dorang, nanti dah besar kawen eh? Jodoh panjang ni. Then dua-dua baby tu sengih.. Boleh bayangkan tak? Comel gilaaa! Asilah pun tak ada kerja, ada ke suruh baby tu kawen? Tapi manalah tahu kan.. Kot2 dah besar nanti dorang kawen ke. Takdir Allah.. Hehe. Okay, mengarut dah! Lalalala~

P/S : Yang pasti, aku rindu waktu dulu. Waktu kau punya masa untuk aku. *sedih*

2 comments:

Noratasha Tasha said...

"kita cuma terpisah jauh oleh jarak, dalam hati tetap dekat macam selalu.."You are right dear..miss u too!!

nshylaa said...

comey je asilah suro baby tu kawen da besar kang.. hohoho

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...