Wednesday, May 4, 2011

sakit kaki

Ya sakit itu datang lagi.
Datang pada masa yang sama iaitu sewaktu aku tidur.
Kejang? Cramp? Tegang urat? Ah aku tak tahu apa nama saintifik dia.
Rasanya cramp kot. Eh cramp dengan kejang tak sama ke? 
Ahh, nak kena kahwin dengan doktor ni. Senang tahu sakit apa :D

Tapi sakit macam ni buat aku teringat pada suatu cerita yang dah jadi kenangan yang aku takkan lupa sampai bila-bila. Oh yeah!
Saat si dia menghantar sms kat aku, tanya pada aku apakah sakit kaki itu berpunca dari dia?
Kenapa dia tanya macam tu? Sebab..
Dia dah buat sesuatu pada kaki aku yang aku rasa tu lah penyebab aku jatuh cinta pada dia..
Okay, ayat gedik. 
Awk tu jangan blushing ya! Lalalala~

SMS tu juga jadi titik tolak permulaan hubungan kami kini. Hubungan?
Ala.. hubungan persahabatan la. Jangan fikir bukan-bukan. 
Aku kan single ;)

Okay itu saja mahu aku kongsikan kali ni. Sakit kaki ni agak mengganggu.
Jalan pun tak betul dah, terhenjut-henjut kot.
Okay Asilah, get well soon! Camne nak dating kalau kaki sakit? :D


P/S : Andai takdir tidak bersama kita, sekurang-kurangnya ada kenangan bahagia yang boleh aku simpan selama kita bersama. Semoga kau gembira selalu. Sesungguhnya jarak takkan pudarkan cinta aku pada kau. Jaga diri baik-baik!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...