Saturday, June 25, 2011

terkini

Sangat rindu pada ini blog! Huaaa~

Hai. Lama tak bersua. Alhamdulillah keadaan di rumah baik-baik saja. Keadaan kesihatan yang mulanya agak membimbangkan kini sudah beransur pulih. Aku dengan Hanim asyik bergaduh je. Tiap-tiap hari plak tu :D Tu la orang kata, bila jauh rindu, bila dah ada depan mata asyik bergaduh la pulak. Hmm. Apa-apa pun aku tetap sayang dia. Sangat-sangat ok? Tak sangka budak yang dulu kecik aku jaga, sekarang ni dah besar. 5 tahun dah. Oh ya, sekarang ni tiap-tiap malam aku jadi burung hantu. Tak boleh tidur! Kadang-kadang lepas Subuh baru aku lelap. Insomnia mungkin?

2 bulan lagi cuti semester akan berakhir. Aku kena betulkan balik jadual tidur secepat mungkin. Aku pun sudah mula rasakan yang masa sudah mula berlalu dengan pantas. Alhamdulillah Jun sangat baik pada aku. Setelah Mei berlaku kejam (haha), aku harap Julai, Ogos, September dan seterusnya akan mengikuti jejak langkah Jun. Please jangan buat aku sedih dah eh? Hee :)

Okay, jadual sem depan agak tak best. Selasa dan Khamis ada kelas pagi. 8 pagi ok? =.=" Tidakkah mereka mengetahui bahawa aku sangatlah suka kelas pagi. Grr! Tapi takpelah, alhamdulillah Jumaat tak ada kelas. Boleh beristirehat lebih sket ;)

Oleh sebab masa terluang yang sangat banyak, aku pun dah buat macam-macam perancangan untuk sem depan. Apa nak beli, apa nak buat, apa nak capai, apa nak tunggu dan lihat. Ada yang merepek, tapi aku akan pastikan perancangan bukan sekadar perancangan. Harap-harap semuanya berjaya dilaksanakan. InsyaAllah, amin.

Baiklah, sampai sini saja. To my darlings : Rindu korang gila gila! ;*

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...