Saturday, August 6, 2011

izinkan saya

Benar kata orang, cinta itu datang pada masa yang kita tak pernah jangka. Dan pemergiannya juga pada waktu kita sendiri tak pernah rela. Tapi, jika telah tiba suatu saat kita harus lepaskan, kita harus merelakan kerana sudah ada jaminan bahawa cinta itu tidak semestinya memiliki.

Ah, jujurnya aku mula malas untuk memikirkan soal ini.Hampir 3 bulan tinggal di rumah sudah cukup memberi aku masa untuk memikirkan hal yang sememangnya tiada kesudahan ini.Otak kata jangan, hati kata ya. Mana satu aku kena ikut? Boleh bagitau?

Orang kata, kalau gagal tak mengapa, sekurang-kurangnya kita mencuba. Tapi pastikah usaha itu sudah cukup?

Banyak nasihat aku dah dengar dan meninggalkan kesan. Mereka percaya aku kuat dan aku juga yakin aku kuat. Eh, sekurang-kurangnya aku lebih okay dari Mei lepas. Allah memperkenankan doa aku. Alhamdulillah :)

Wahai kau yang aku pernah sebut sebagai cinta, aku manusia yang punya perasaan dan hati. Aku sedar, aku faham bahawa kehadiran aku mungkin sudah tidak membawa apa-apa makna pada kau. Oh, aku harap jangkaan aku ini salah.Tapi jika ini benar, izinkan aku simpan semua memori yang pernah kita ada dulu. Ya, sekejap saja tapi kau perlu tahu, semua itu sangat besar maknanya pada aku. Sekurang-kurangnya semua itu yang mampu mengubah tangisan aku menjadi senyuman. 

Juga izinkan aku untuk terus menyayangi kau. Biarkan aku terus sayang kau ya? Jangan risau, harapan dulu dah lama aku kuburkan. Kawan aku pernah pesan, jangan buang terus harapan, mana tau masih ada peluang. Aku terfikir juga pasal tu. Tapi hanya diri sendiri yang tahu hati ini bagaimana. Biarkan semua harapan itu pergi. Kerana bagi aku, harapan itu tak membawa apa-apa, hanya akan membuat diri kau tak tentu arah. Jadi, baik luputkan saja. Hey, aku masih sayang kau tahu?

Setiap hari fikirkan kau, teringatkan kau. Maaf, melupakan kau itu aku tak mampu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...