Tak tahu nak ceritakan apa. Dalam masa pertengahan November ni saja, dah macam-macam benda berlaku. Aku akui, semuanya kebanyakannya sedih-sedih belaka. Allah menduga semua hamba-Nya, kan? Jadi, mungkin ini ialah apa yang kita semua kenali sebagai dugaan, ujian, halangan, cubaan dan macam-macam lagi. Sejujurnya, aku kini dalam usaha bangkit dari kesilapan lalu dan mencuba untuk jadi lebih baik dan baik selepas ini.
Masalah dalam persatuan, itu yang mengganggu sejak akhir-akhir ini. Mungkin kini sudah ada penamatnya, tapi aku tak pasti apakah penamat itu mendatangkan kebaikan atau keburukan? Aku takut pada karma, walau diri tahu dimana letaknya kebenaran di sebalik apa yang terjadi. Tetapi, ketahuilah oleh kalian semua bahawa menyakiti hati insan lain itu tidak memberi apa-apa kepuasan. Sehingga kini aku sendiri kurang pasti apakah ucapan maaf itu sudah memadai? Oh mungkin tidak.
Cuma aku harap mereka faham aku juga manusia biasa yang tak lepas dari melakukan kesalahan. Tidak mahu menggunakan alasan ketidaksempurnaan malah aku akui silap aku telah menghancurkan sedikit sebanyak kasih sayang yang telah dibina hanya kerana kecuaian diri ini.
Ya Allah, semoga saja selepas ini semuanya akan baik-baik saja. Aku pasti keadaan takkan berubah kalau aku tidak mahu berganjak daripadanya. Aku cuma mohon dari-Mu, tabahkan hati ini, redhakanlah aku untuk terima segalanya yang telah Kau aturkan ~
![]() |
| later, i will tell you everything bout me, my love. |

No comments:
Post a Comment