Sunday, November 20, 2011

teristimewa ♥

rasa sebak mengenangkan perbualan tadi
ya, kami jarang berbual semesra itu
tidak seperti mereka-mereka yang lain
ini kali pertama aku

katanya bagaimana pelajaranku?
aku cerita aku baru habis kem
dimana?
dekat balik pulau, kata aku .

dia tanya lagi bila mahu amik lesen
nanti dia bank in duit untuk aku
mahu di penang atau di sana?
aku kata, baiklah buat di sini saja

soalan aku paling tak mahu terima
bila sheila nak balik lagi?
aku kata lambat lagi, kena study untuk exam nanti

dia pesan study baik-baik
aku jawab ya, aku mahu dekan lagi.
padahal assignment aku tak gerak apa pun dari tadi
asilah, apa nak jadi ni?

ingat pesan dia, kenang harapannya
kau tahu pengorbanannya tidak ternilai dengan apa-apa jua

ya Allah, aku mencintainya
sampai syurga aku menyayanginya
dialah segalanya
tolong pelihara dia dan teman jiwa raganya
berkatilah kami sekeluarga


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...