awak : Bila nak kahwin?saya : 26 kot. Kenapa?awak : Ada calon dah?saya : Single lagi. Banyak lagi kena belajar.awak : Perempuan selalunya menggelabah bila dah 25 dan masih belum ada calon.saya : Sekarang pun dah rasa gelabah dah awak.awak : Habis tu bila nak cari?saya : Jodoh saya belum sampai lagi.
Kalau nak fikirkan tentang hal ni, sampai bila pun takkan habis. Selagi belum berjumpa, selagi belum disatukan. Dan apabila sudah disatukan, mula berfikir tentang rumahtangga, anak-anak. Kemudian berlanjutan hinggalah ke akhir nafas. Tanggungjawab takkan pernah habis. Dan kerana itu bagi aku tanggungjawab itu perlu digalas dengan sebaiknya, dengan persediaan secukupnya, dengan ilmu yang penuh di dada.
Orang selalu kata, perempuan yang paling mudah masuk syurga. Ya, jadilah isteri yang baik & solehah, taat pada suami - insyaAllah syurga itu ada :) Tetapi sesungguhnya tanggungjawab sebagai isteri itu sangat berat - bukan semudah ABC, 123. Untuk perjelaskan tentang tanggungjawab itu memang sampai sudah pun takkan pernah ada kesudahan.
Maka, pada saat ini, keseorangan - tanpa kekasih - ada baiknya bagi aku. Kesepian boleh diubati dengan adanya kawan-kawan, keluarga, jadi itu bukan sebab utama untuk aku mula mencari cinta di sana sini. Jodoh akan datang bila sudah tepat pada masanya - sekarang bukan waktu untuk aku. Allah lebih Mengetahui :)
Apa-apa pun, saat ini aku cuma ingin rasa keindahan percintaan selepas nikah. Semestinya yang halal, direstui malah diberkati. Insya-Allah. Semoga itu yang terbaik & semoga kalian juga mendapat yang terbaik. Amin.

No comments:
Post a Comment