Sunday, April 22, 2012

dalam keserabutan

Dah macam sabut kelapa.

Kepala pusing dalam lingkungan 180 darjah.

Macam-macam kena fikir, kena runding, kena pastikan. Dan apabila jalan sudah sampai kepada puncak penyelesaian, ada lagi masalah yang datang.

Sekuat mana berdiri sekali pun, sampai satu saat tetap rasa mahu rebah juga.

Tapi, ini baru permulaan.

Harapan melihat sokongan padu daripada orang yang selayaknya bersama semakin hari semakin mendukacitakan. Ah, aku boleh buat semuanya sendiri!

Orang kata : what you give, you'll get back.
Mungkin ini yang sepatutnya aku dapat.

Mungkin.


P/S : Semoga Allah permudahkan segala urusan. Sesungguhnya hanya pada-Nya tempat aku bergantung harap.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...