Friday, May 25, 2012

pengarah projek


Tu diaaaaa! Merahnya mak ngah! Eh eh, mak lang la :) Okay, hai semua. Gila lama dah tak update blog ni. Kekonon busy. Eh, memang busy sangat-sangat masa sem 4 ni. Banyak tanggungjawab, komitmen yang perlu diselesaikan.

Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana izinnya aku dah tamat BSMMUSM secara rasmi pada 17 Mei 2012 yg lepas. Diraikan dalam majlis makan malam yang dah dipengarahprojekkan oleh aku. Serius rasa agak tekanan masa nak settlekan semua benda. Tempat, pengangkutan, hadiah - macam macam! Tapi, alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Rasa bersyukur & beruntung sangat sebab Allah "turunkan" orang yang baik-baik untuk aku masa dalam proses nak settlekan projek terakhir ni. Alhamdulillah Ya Allah :')

Bila jadi pengarah projek ni, memang macam-macam benda aku belajar. Dari hal nak buat paperwork, berurusan dengan pihak atasan, buat belanjawan sampailah nak settlekan laporan kejayaan projek (okay tak settle lagi sebenarnya). 

door gift - design book cover tu abang kita buat :)
Walaupun pada permulaannya aku rasa macam nak give up je dari settlekan projek ni, tapi akhirnya dengan azam yang jitu (ececeh), aku berjaya buat projek dinner kali ni berhasil. Terima kasih sangat-sangat pada semuaaaaaaaaa yang banyak tolong asilah ya! :) Salah dan silap, segala yang terlebih dan terkurang harap dimaafkan :)

syok duduk meja VIP.
Baikkkkkk, dinner dah settle - assignment dalam proses penghantaran - then tibalah masanya untuk fokus pada study! Buat yang terbaik, Siti Nur Asilah. Upgrade sikit result tu ya. Nanti grad kalau dapat 1st class, tak payah bayar PTPTN *perangsang semangat actually*, boleh terus kahwin, then tak payah tunggu anak umur 15 tahun baru habis bayar hutang. Heee!

Ya Allah,
Tenangkan hati hamba-Mu.
Terangi jiwanya dengan ilmu.
Lapangkanlah dadanya.
Kuatkan imannya.
Kurniakanlah kejayaan, kebahagiaan, kebaikan dan kemenangan kepadanya,
di dunia dan akhirat.

Amin :')


P/S : Allah tidak beri apa yang kita mahu, Dia beri apa yang kita perlu. Jangan pernah putus asa dengan nikmat-Nya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...