Thursday, November 1, 2012

mood tanah tinggi!

Alhamdulillah atas segala limpah kurnia-Mu Ya Allah, aku dan geng payung dapat menjayakan projek jenjalan kami pada semester ini iaitu ke Cameron Highlands.

Perancangan sendiri tanpa mengikuti mana-mana travel agency, kami berenam telah berjaya menjejakkan kaki di tanah tinggi yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia (kemain ayat) pada awal Oktober lepas. Walaupun untuk cuma 2 hari 1 malam, tapi kami puas. Sangat enjoyyyy! :)

Alhamdulillah di sana kami telah dipertemukan dengan orang yang sangat baik. Walaupun semasa dalam bas terasa seperti berada di negara asing (you know what I mean), tapi akhirnya bila tiba kat sana kami tahu kami masih di tanah air sendiri. Well, orang Malaysia semua baik-baik kan? Alhamdulillah, Allah izinkan kami berurusan dengan orang yang sebegitu. Seharusnya faktor ni penting sebab nak pastikan percutian kami di sana berjalan lancar.

Hari pertama. 
















Hari kedua.












Amacam? Riang ria dan bahagia kan muka kami semua? Hee! Oh ya, masa kat sini kami ada perjanjian. Tak boleh sebut langsung pasal assignments dan perihal jodoh mahupun crush! Alhamdulillah perjanjian berjaya. Tapi lepas turun je bas dari Cameron terus borak pasal bakal suami! Hahahaha. What to do, itu fitrah kami. Anda juga kan? *wink wink*


P/S : Next trip dah ada dalam otak dan fikiran. Kalau Allah izinkan, kami akan sampai. Tunggu :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...