Friday, November 9, 2012

tidak dapat dikenal pasti

Perasaan kala ini, hmm. Diri sendiri tak dapat pasti, diri sendiri rasa sangsi. Apa masih wujud sekelumit sayang buat kau? Apa masih gagah menyimpan rasa itu untuk kau? 

Kalau ada orang tanya, aku sayang siapa. Aku akan jawab, kau. Aku sayang kau.

Tapi.

Aku sudah mahu berhenti berharap.
Aku sudah lelah melukis angan-angan.
Aku cuma mahu simpan semuanya untuk yang berhak.

Tapi.
Aku masih sayang kau.
Aku sentiasa punya rindu untuk kau.
Aku letak kau dalam ruang hati yang cukup besar.

Faham perbezaan dan perkaitannya?
Sejujurnya, semoga kau faham.

Kerana aku sendiri tak pasti dengan perasaan sendiri.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...