Lukai hati ini. Calarkan semahunya. Cepat! Supaya aku dapat buang perasaan ini, buang rasa ini - campak jauh-jauh. Kerna kalau ada sekalipun, hanya akan menyakitkan, hanya akan menyesakkan, hanya buat hati rawan.
Kau, aku, kita - sama. Kita rasa betapa peritnya cinta. Kita sama-sama tahu bagaimana rasanya bila jiwa didusta.
Salam kemaafan aku hulurkan, aku mohon dari kejauhan, aku cuma mahu kau faham. Terima kasih atas senyuman, atas gurauan, semangat dan dorongan hingga aku mampu berdiri seperti sekarang. Jujur, aku mohon Tuhan segera tarik rasa ini, agar apa yang tersisa biarlah untuk yg berhak dan bukan pada insan yg aku meminta-minta tapi hatinya langsung tidak sudi untuk aku.
Aku faham dengan jelas bahawa cinta itu tidak boleh dipaksa. Cuma Allah mahu aku cari orang seperti kau.
Sehingga aku berjumpa dengan dia yg tepat, izinkan aku, terus beri hati ini pada kau. Sehingga saat Allah tarik rasa itu semula. Sehingga nyawa berada di penghujungnya.
Maaf, bukan bermaksud aku tak cuba. Aku mungkin kurang usaha. Hey, doakan aku berjaya!
P/S : Sedar diri. Kau bukan pertama, kedua mahupun ketiga. Kau bukan pilihan mahupun keutamaan. Sedar diri.

1 comment:
salam. nak tnya. cm mana nak apply dynamic view mcm yg kite suka (customize) ? sbb sy try buat dia x nak apply dkt blog sy.
Post a Comment