Friday, January 4, 2013

reviu 2012

Assalamualaikum. Ehem-ehem. Lama sungguh tak hupdate blog ni. Selalu je sign in tapi kekeringan idea untuk menaip di sini.

Selamat tahun baru 2013 everyone! 

Semestinya, sesungguhnya 2012 telah banyak meninggalkan kesan, impak dan hasil kepada diriku ini. 2012 mengajar macam-macam benda. Pahit, manis, suka, duka. Wah clichenya ayat -____-

2012 mengajar aku untuk bersyukur dengan apa yg aku ada.
2012 mengajar aku untuk tidak mempercayai luaran manusia semata.
2012 membimbing aku melakukan perkara luar dari biasa.
2012 mendidik aku untuk sentiasa perhalusi niat aku supaya ikhlas dalam segala perkara.
2012 memberikan aku peluang untuk senyum sentiasa kerana ada insan terbaik bersama.
2012 juga menghadiahkan aku sebuah kejujuran yang takkan dibeli dimana-mana.

Bangun, jatuh untuk tahun 2012 ini sejujurnya tidak sehebat dugaan pada tahun sebelumnya. Syukur, Allah buka mata luas-luas - pengalaman itu sangat mendewasakan.

Yang pasti, kejayaan hari ini, kematangan hari ini, datangnya dari Dia yang Maha Esa. Itu pasti. Sekuat mana pun aku, ketabahan itu datang dari-Mu Ya Allah. Alhamdulillah kerana Kau sering memakbulkan doa, meniup semangat walau diri ini berkalung dosa. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

be a good girl, honey.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...