Kalau hidup ini bisa kita buat pilihan, pastinya pilihan itu hanya yang membahagiakan. Siapa pula dalam dunia ini hanya mahu derita, mahu sengsara, mahu kecewa? Tiada siapa. Tiada.
Lalu apabila bahagia sudah berada di depan mata, datang pula ujian bertimpa-timpa. Apa bahagia dulu itu perlu dilupakan begitu saja? Salahkan takdir sebab langsung tak berpihak pada kita? Salahkan Tuhan sebab berlaku kejam dan tidak adil pada hamba-Nya?
Nauzubillah.
Jauhkan aku dari rasa negatif itu Ya Allah. Aku tahu Kau sayang. Kau uji kerana aku mampu. Kau duga aku kerana rindu dengan rintihan hamba-Mu ini. Maka, kuatkanlah aku Ya Allah. Berikan aku petunjuk untuk hadapi dugaan kali ini.
Bahagia itu bukan terletak pada harta. Bahagia itu bukan hanya bila dapat berumahtangga pada usia muda. Bahagia itu tidak juga hanya apabila punya teman istimewa. Bahagia itu kita yang rasa, kita yang cipta, kita yang sempurnakannya. Dengan izin Dia, bila sendiri juga mampu rasa gembira. Allah ada. Allah ada.
"Terkadang, bahagia itu ada di depan. Cuma kita yg belum menemukan."
Bismillahirrahmanirrahim.
Semoga diri terus kuat seperti biasa.
Allah ada. Allah ada. Allah ada.
Jangan sesekali putus asa.
"Take time, get up, move forward." Smile!
No comments:
Post a Comment