Usia menjangkau 23 tahun baru terhegeh-hegeh nak ambik lesen. Yang pasti lesen memandu kereta saje okay. Motor? Err tak berani bawak sebab trauma - hampir-hampir accident masa belajar bawak motor dengan sepupu dulu. Ayah pun tak konfiden nak bagi aku bawak motor. So, kereta sahaja :)
Perasaan? Fuhhhh, mula-mula memang cuwak nak bawak. Rasa macam tak yakin je. Tapi bila berjaya bagi kereta bergerak, rasa macam perghh! Excited! Tapi excited tu sekejap je. Allah uji. Aku dan kawan baik, Amira yg sama-sama ambil lesen kena tipu dengan ejen sekolah memandu. Serius rasa sedih sangat. Dia bawak lari duit kitorang (nasib baik tak bayar full lagi) padahal lesen L pun tak dapat lagi time tu.
Actually bukan kitorang sorang je yg kena. Ramai. Kebanyakan student USM kena tipu dengan dia. Kitorang semua siap kena ambil keterangan dengan JPJ, buat report pasal penipuan tu. Time tu memang rasa down - lesen yang sepatutnya siap dalam beberapa bulan je terus ambil masa lama. Alhamdulillah kitorang ni kira tak lama la sangat. Ada yg bertahun-tahun tak siap lesen pun ada.
Oleh sebab nak settle lesen cepat, tak nak tangguh-tangguh, kitorang terus sambung belajar dengan sekolah memandu tempat kitorang belajar tu. Alhamdulillah Allah permudahkan. Pengurus sekolah memandu tu tahu pasal masalah kitorang dan dia bagi harga yg sesuai dengan apa yg dah kitorang bayar. Walaupun sebelum tu lesen L pun kitorang kena settle sendiri, but its okay. Sabar :)
Dan alhamdulillah, 29 Mac 2013 yang lepas, aku dan Amira berjaya pegang lesen P sendiri. Walaupun fail JPJ sekali, tapi tak apa la. Dah sekolah memandu tu sayang kitorang lebih. Tu yg nak kena buat 2 kali tu. Hahaha. Okay kali kedua, kami lulus dengan cemerlang. Dapat P, yeayy! Excitednya macam dapat dekan taw. Hehe.
Kini, aku sedang menanti detik untuk pulang ke rumah. Belajar bawak auto pulak. Hikhik. Oh ya, berdasarkan pengalaman aku ni, aku nasihatkan pembaca (ada ke?), kalau baru nak ambil lesen tu, better ambil terus kat sekolah memandu. Jangan guna agen. Takut apa-apa jadi nanti diri sendiri yang susah. Macam hal aku ni, aku langsung tak bagitahu family. Takut susahkan dorang. Aku mintak duit exactly macam harga yang agen tu tawarkan, selebihnya (bila tukar sekolah memandu) semua aku tanggung sendiri. Terima kasih PTPTN!
Dan lagi satu, kalau nak ambik lesen tu, biar ambik sekali dengan member. Apa-apa senang, ada member temankan. Macam kitorang, belajar sama-sama, kena tipu sama-sama, failed JPJ sama-sama, lulus pun sama-sama. Bestfriend gittew!
![]() |
| taraaaaaaaa! :) |
P/S : Rindu nak pergi sekolah memandu tu lagi. Orang kat sana semuanya baik-baik :)
-20130329-01106.jpg)
No comments:
Post a Comment