Saturday, April 23, 2011

entri bahagia

Untuk engkau :

Haha! Boleh aku mulakan dengan ketawa? Hee. Ketawa sebagai tanda aku tak sangka kita akan jadi macam ni. Tak pernah sangka! Tak pernah terlintas pun dalam fikiran aku.. Tapi serius weh, kalau aku tahu kau sebegini membahagiakan, aku pasti akan mengorat kau awal-awal dulu. Haha!

Walau kita ada jugak 2 kali gaduh.. Err, tu leh kira gaduh ke? Ok, bukan gaduh. Walaupun kita 2 kali dah bermasam muka (aku je, kau tak pun), aku still rasa kau best. Kau selalu buat aku gembira, sebab tu aku sayang kau gila-gila :) 

Kawan aku cakap, bila aku sedih je mesti keluar entri sedih-sedih. Aku perasan gak benda tu. Bila happy, jarang plak aku cerita kat blog ni yang aku happy.. Biasalah, time-time emo mesti macam macam ayat jiwang keluar. Tu yang boleh terus update blog tu.

Okay, kali ni entri bahagia. Oh bahagia kah? Ye, bahagia. Aku bahagia punya kau dalam hidup aku. Kenapa dulu kau ada depan mata tapi aku tak pernah nak suka? Sekarang dah susah nak jumpa baru lah terhegeh-hegeh nak sayang la apa la. Yeah, padan muka aku. Tapi sebalik apa yang kita tak tahu, Allah dah rancang macam-macam untuk kita. Aku tak pernah terfikir untuk berada dalam keadaan macam ni. Waktu aku tulis entri aku untuk dia yang dulu, aku tak pernah jangka aku akan jumpa si dia yang kini. Itulah dia kuasa Tuhan :)

Kalau benar Dia mahu kita untuk sementara saja, aku tetap akan senyum walau dalam hati menangis sakit, sebab aku pernah rasa bahagia selama kita berkawan. Aku bersyukur diberi peluang sebegini. Terima kasih untuk semuanya! Maaf andai aku pernah lukakan hati kau, ya? Aku janji selama kita berkawan, aku akan cuba yang terbaik untuk buat kau gembira, untuk selalu ada dengan kau bila kau jatuh dan akan selalu ada di samping kau untuk kongsi semuanya tentang hidup. Aku janji, aku janji aku akan sayang kau selagi Allah mengizinkannya. 

Jaga diri kau baik-baik. Jaga kesihatan. Aku tak nak kau sakit. Nanti kau jugak yang marah aku sebab aku suka membebel kan? Hee, ingat pesan aku. Aku doakan kau bertemu kebahagiaan yang kau impikan. Aku takkan lupakan kau sampai bila-bila. Promise! :)

Terima kasih sebab bagi peluang pada aku untuk kenal siapa kau. Walaupun kau tak kata kau sayang aku, aku tetap sayang kau! Tengok, sweet tak aku? Hehe. Ilysm!  


P/S : Tetiba teringin nak candle light dinner! Jom emak, tunggu Sheila balik cuti nanti! Haha :D

2 comments:

Anonymous said...

*^^*

Siti Nur Asilah said...

ada org blush? haha :p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...