Jika aku punya kudrat, aku mahu lari keluar dari segala masalah yang ada dalam kepala aku. Aku mahu buang semua memori pahit yang pernah singgah dalam hati aku. Aku cuma mahu kehidupan yang baik sekarang ini, sekiranya aku benar-benar layak untuk miliki semua itu.
Benar, tidak akan ada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu. Aku setuju dengan madah itu. Cuma kadangkala akan ada satu tahap aku rasa sangat putus asa. Seakan mahu berhenti di situ dan biarkan takdir tentukan segalanya. Tapi kalian sendiri tahu betapa aku sudah tidak mahu mengharapkan takdir mengubah hidup aku. Aku perlu usaha bukan?
Memikirkan perkara yang remeh-temeh dan membelakangkan perkara yang lebih penting memang hobi manusia ya? Ha, itulah aku. Kenapa perlu wujud perasaan itu jika semuanya akan hilang, takkan kekal sampai bila-bila? Allah menguji dan ya, aku terima ujian itu. Dia takkan uji sesuatu yang kita tidak mampu. Ingat tu, Asilah.
Semoga aku lebih matang menjalani hidup, semoga kekuatan akan terus ada bersama aku. Semoga dipermudahkan segalanya. Senyum sahaja, walau dalam hati kau terpalit seribu duka. Kalau orang lain boleh, kenapa kau tidak?
P/S : Jangan bohong hati sendiri lagi, budak kecik.
4 comments:
entri pasal kau.. tapi asal aku yg terasa... er damn.. hahhaha ok fine babai
err, ko trasa? pe cer beb?
hihi.. aku pun sedang bohong aku kuat dan aku ok tanpanya.. aku makin lemah pula.. rasa semua macam tak kena pada tempat
tanpanya? siapa yg kau maksudkan? hee. sbr, insyaAllah semuanya akan baik lepas ni. ada hikmah :)
Post a Comment