Sepertinya takdir tak mahu menyebelahi aku.
Bahagia yang datang seakan satu penyinggahan, tak pernah kekal untuk selamanya.
Mana silapnya? Apa salah aku?
Baiklah, jika ini aturannya. Aku terima.
Aku tak boleh tipu perasaan sendiri. Kalian juga yang kata aku ni sangat jujur kan? Ah, memang tu sikap aku dari dulu. Sejujurnya, hati aku sangat sakit sekarang. Biar, tak mengapa. Biar aku tanggung semuanya sendiri.
Maaf kerana terlalu memaksa, maaf kerana terlalu terburu-buru meluahkan rasa. Sekarang, apa kata kita biarkan semuanya jadi semula jadi seperti sedia kala? Okay, aku cakap memang senang. Tapi, Asilah kuat kan?
"Semoga kepergianmu tak akan mengubah apa pun, semoga mampu ku lawan kesepianku.."

No comments:
Post a Comment