Tuesday, June 18, 2013

gastrik dan peperiksaan

Disahkan oleh doktor bahawa aku dijangkiti gastrik. Dan perit pedihnya aku sedang tanggung sekarang. Boleh tahan sakitnya sampai terburai air mata. Sabarlah Asilah, sikit saja dugaan ini. Semoga esok lebih baik. Semoga esok lebih sihat. Sihat fizikal, mental, emosi. Semuanya.

Peperiksaan cuma tinggal 2 kertas sahaja. Entah hilang ke mana semangat sampai aku perlu mohon semangat dari dia. Alhamdulillah dia beri dan tidak mengecewakan seperti biasa. Terima kasih. Alhamdulillah untuk kali kedua kita berhubung, rasa itu sudah tiada. Sudah hinggap pada dia yang kini entah letak mana diri aku dalam hatinya. Jodoh kita Allah tentukan untuk jadi kawan, buat masa ini. Siapalah aku utk ramal masa depan?

Oh, berbalik pada peperiksaan, ada sesuatu yang hilang pada kali ini. Semangat dibawa lari, fokus hilang tak munculkan diri. Aku tahu aku tak patut buat macam ni. Kasihan pada mak, ayah. Besar harapan mereka pada aku. Tapi aku tak tahu punca, macam mana aku boleh cari penyelesaiannya? Ah, punca tu aku sendiri tahu kenapa. Masalahnya aku yang tak pandai kawal, tak pandai bahagi masa. Banyak kali tampar diri pun seolah tak ada guna. 

Aku tahu masa yang ada aku patut manfaatkan. Perjuangan aku masih belum selesai. Tak sepatutnya aku mengalah kan? Aku patut buat lebih baik. Dan bukan sekadar kata-kata tapi perlu kotakan juga.

Eh, sebenarnya, aku ada terasa mahu hapuskan blog ni. Tapi bila aku hilang arah, aku cari entri-entri yang bantu pulihkan hati. Ya, motivasi daripada diri sendiri kepada diri sendiri.

Mohon pembaca (kalau ada) tidak menilai aku dari entri pertama aku di blog ini. Manusia berubah, bukan?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...