Hidup kita, kita yang tentukan. Hidup atas dasar pilihan. Kita yg pilih, kita yang corak masa depan kita.
Kenapa hidup atas dasar pilihan?
Kita tahu ada perkara baik, ada perkara buruk.
Kita yg pilih sama ada mahu jadi baik atau buruk.
Kita tahu kita boleh jadi kuat atau terus patah semangat.
Maka kita boleh pilih kita patut terus berdiri atau rebah seorang diri.
Kita percaya syurga dan neraka.
Kita yang buat pilihan mahu menuju ke mana.
Allah kurniakan akal untuk kita berfikir, untuk kita pandang dan nilai apa sebenarnya tujuan kita hidup di muka bumi ini. Cuma kadangkala dugaan buat kita rasa hidup tak adil, tak bersetuju dengan kita. Sedangkan kita terlupa dugaan adalah sebahagian daripada kasih sayang Dia untuk kita. Ya, kita selalu lupa. Bahawasanya hidup ini cuma untuk sementara. Yang Kekal menunggu kita kembali pada-Nya.
Ya Allah, aku mohon kekuatan dari-Mu. Aku tahu Kau takkan uji sesuatu yang aku tidak mampu.

No comments:
Post a Comment