Oh, entri ini ditaip dengan keadaan tenaga telah penat dikerah. Ini semua gara-gara acara packing barang dan simpan barang di dalam stor. Hujung semester gini memang hobi kami semua usung troli ke sana ke mari bawak barang penuh muatan satu lori. Fuh, penat! Tapi rasa legaaaaa sangat bila bilik dah clear dan esok dah boleh balik bercuti sebulan dua.
Hip hip hooray!
Baiklah, untuk tahun tiga ni, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Sejak semester satu hingga dua, semuanya baik-baik belaka. Allah permudahkan urusan. Yang sakit sana sini tu biasa la dak? Apalah erti hidup jika tidak diuji. Sekurang-kurangnya semua susah payah tu jadikan kita kuat seperti sekarang :)
Kenangan semester satu tahun tiga. Alhamdulillah Allah bagi kesempatan berjimba-jimba di beberapa tempat. Langkawi dan Cameron Highlands. Bukan tu saja, dapat lagi rezeki dlm pelajaran untuk kali ketiga. Alhamdulillah.
Semester dua tahun tiga. Alhamdulillah turut berakhir dengan jayanya. Tak kemana-mana sangat semester ni. Cuma dapat peluang ke sekolah SMK Penanti dan buat projek PPG 314 di sana. Oh, permainan bahasa. Serius best. PPG 314 memang antara paper terbaik yang rasa bahagia sangat bila ambil. Lecturer sporting gila! Lagi satu, semester ni jugak semester last ambil paper major. Means, paper major dah habis!
Semester depan. Banyak perancangan dalam tangan. Selagi niat baik, tak langgar hukum-hakam agama, rancanglah semahunya. Sebab pada akhirnya Allah jua yang menentukan. Paling utama, mahu habiskan masa sebaik mungkin dengan mereka yang bergelar sahabat. My dear MMP. Serius cakap, bukan tak bahagia nak habis belajar, tapi dalam masa yg sama, sedih tetap ada. Berpisah dengan rakan baik. Tapi tak mengapa, panjang umur kita tetap akan bersua. Moga jodoh mereka dan aku kekal, hingga syurga :')
Okay itu sahaja, panjang umur kita update lagi banyak-banyak ya! Selamat bercuti utk diri sendiri!
No comments:
Post a Comment